Inginkan keterangan lanjut boleh hubungi 019-4040220
Petikan dari Utusan Online 18 Dec 2010
Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun
Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan
orang ramai supaya menyimpan emas
berbanding mata wang kerana nilai
emas lebih terjamin dan sukar untuk
jatuh.
Bekas Perdana Menteri itu berkata,
nilai mata wang tidak terjamin kerana
ia bergantung kepada pasaran tukaran
mata wang dunia yang sentiasa
berubah-ubah.
Menurutnya, ada kalanya nilai mata
wang akan jatuh dengan teruk apabila
berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara.
"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu
tetapi bukan nilai sebenar, namun emas
boleh mewakili nilai sebenar kerana ia
sebuah logam berharga di seluruh dunia.
"Simpanan emas lebih terjamin kerana
fungsi komoditi itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya tahan terhadap
ketidaktentuan ekonomi global yang sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran
Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin.
Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan
Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas
Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah.
MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan
produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.
Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79)
tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40).
Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses
(barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan.
Inginkan keterangan lanjut boleh hubungi 019-4040220
Petikan dari MyMetro 17 Dec 2010
Dinar emas lebih baikKUALA LUMPUR: Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah
beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar AS yang semakin merosot.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucaptamanya berkata, nilai
emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat
antarabangsa berbanding dolar Amerika.
“Emas memiliki nilai pertukaran yang lebih baik berbanding nilai tukaran wang kertas.
“Sebelum ini, AS$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan
AS$1,400. Ini bermakna dolar AS sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh
mata wang yang nilainya merosot dengan pantas dan banyak tapi emas tiada susut
nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas,
anda mendapat nilai sebenarnya,” katanya.
“Saya akan terus menyarankan penggunaan emas dalam perdagangan antarabangsa
dan emas juga adalah mod simpanan terbaik,” katanya kepada selepas menyampaikan
ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Kedua (2LIFE)
di Kuala Lumpur, kelmarin.

No comments:
Post a Comment